Hukum Menziarahi Kubur Bagi Perempuan
Friday, December 9, 2011, ϟ 0 shout(s)

holla dear readers !
assalamualaikum to all muslims. .


ini aku baru balik dari bandar,
baru selesai makan pizza hut yang terbaru tuw~
yang ade macam2 jenis keju tu lhaa. .
duhh. .  sedap jugak, bagi aku yang minat makan. . *bhahahaha~


ohya malam ni nak cakap pasal hukum menziarahi kubur bagi perempuan.
sebabnya, minggu lepas aku rancang nak pergi rumah member aku,
tujuannya nak ziarah kubur arwah ayahnya.


member aku tu lelaki, jadi aku mestilah nak ajak member aku yang perempuan untuk temankan aku masa nak pergi rumah member aku yang lelaki tu. #erk, korang paham tak ayat ni?#


tapi bila member aku yang perempuan tu mintak izin ngan mak dia, mak dia cakap mengikut islam, perempuan dilarang menziarahi kubur.
dudez, aku memang tak boleh terima ayat tu,
sorry yea friend, aku memang tak boleh terima. 


korang baca ni, 










perempuan dilarang visit kubur sebab tak memandikan, menyembahyangkan dan mengkapankan mayat?
alasan yang kurang munasabah.
dudez, aku memang tak boleh terima tu, bila masa pulak islam melarang perempuan menziarahi kubur? nonsense.


plus, apa alasan tu? takut badi?
dear, aku kurang percaya semua tu.


minta maaf kalau ade menyinggung perasaan sesiapa,
tapi badi itu tak pernah wujud dalam kamus hidupku.


bahkan hantu puntianak, jembalang, dan yang seangkatan dengannya juga aku kurang percaya.
sekali lagi maaf ya, kalau ade tersinggung perasaan sape2,
tapi itu hanya pendapat aku sajea~


so, aku search lhaa kt google,


HUKUM MENZIARAHI KUBUR BAGI PEREMPUAN


nah, ternyata perempuan tidak dilarang menziarahi kubur,
cuma hukum bagi seorang perempuan untuk menziarahi kubur adalah makruh.
kerana sifat mereka yang cepat tersentuh dan ditakuti dia terlalu berdukacita sampai meraung atau meratapi kubur si mati.

ohya, teringat pula pada satu hadis ni,

ada hadis yang menyatakan, 


Dari Abu Hurairah r.a katanya, 
Rasulullah s.a.w bersabda;

" Ada 2 perkara pada manusia yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir iaitu mencela keturunan (orang lain) dan meratapi mayat "

(Sahih Muslim)



hadis ni penting oke,
dan rasanya ada kaitan ngan topik hari ni.


and. .  sekali lagi ya,
perempuan DIBENARKAN menziarahi kubur, tetapi cuma tidak digalakkan.


siapa pulak yang cakap, perempuan DILARANG menziarahi kubur?


takmau percaya cakap aku?
ya sudah, baca sini.,









baca full storynya di sini: http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2007/bil263-bhg1.pdf


jadi akhirnya aku langsung batalkan sendiri perancangannya.
tak jadi lhaa nak ziarah kubur arwah ayah member aku tuw~


sebab, aku takut difitnah.,
dalam rujukan tu ada cakap, 



antara adab-adab yang perlu dijaga oleh 
perempuan yang menziarahi kubur itu ialah: 


(1)  Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya. 


(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam. 


(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.  


(4)  Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang 
dilarang ke atas kaum lelaki



ada lagi ni,


jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur


jadi aku terus cancel-kan sebab aku tak boleh patuhi adab yang pertama, alasannya takde sape yang nak temankan aku.,


plus, aku rasa aku tak aman dari fitnah kalau aku ziarah kubur member aku tu,
yela, member aku tu kan lelaki, kalau aku tetibe je pergi ziarah kubur ayah dia, mesti orang heran kan?


jadi, sampai sini saja yang aku nak kongsi, 
sekarang ni nak pergi tengok cerita  'WHY ME, SWEETIE?'


duhh.. cerita memang romantik lol.,


oke, babai !


assalamualaikum,

new past