Panduan Untuk Semua
Tuesday, December 6, 2011, ϟ 0 shout(s)




heyy all !
assalamualaikum to all muslims.



hari ni nak cakap tentang agama.,
tentang puasa,


tadinya aku baca buku rujukan hadis.,
tujuannya untuk mendalami agama~
then, aku terjumpa hadis yang sangat penting untuk dikongsi kepada semua.
hadisnya begini,


Nabi s.a.w bersabda,

" Siapa yang tidak berpuasa sehari pada bulan Ramadhan tanpa uzur yang diizinkan Allah atau kerana penyakit, maka tidak dapat dibayar dengan puasa sepanjang masa meskipun dilaksanakannya "

Riwayat Abu Dawud, Anasa'i, Attirmidzi, Albaihaqi, Ibn Majah & Ibn Khuzaimah dari Abu Hurairah r.a

seriously, aku tersentuh bila terbaca hadis ni.,
aku menangis,

sebab dulu, aku pernah buat.
aku tinggal puasa sehari sebab penat,
mulanya aku taknak sebab masih pertimbangkan akibatnya dan hukum agama.

tapi, aku mudah terikut dengan ajakan rakan sebaya,
katanya,
" alah., tinggal sehari je, nanti gantilah. bukannya tak boleh ganti kan? "

jadi aku termakan dengan ajakan tu,
aku tinggal puasa untuk satu hari tu,

mungkin sebab masa tu aku masih muda dan kurang matang,
rasanya masa tu, aku baru je masuk tingkatan 1 ( 13 tahun )
jadi aku terus ikut tanpa berfikir.

mungkin kalau aku matang sikit, aku akan menolak ajakan tu,
dan nasihatkan kawan aku tu,

tapi sekarang ni dah terlambat,
aku tak boleh nak undur balik masa yang dah berlalu,
aku menyesal sangat sebab tinggal puasa atas alasan penat.

Allah~
apalah sangat setakat penat ke sekolah kalau nak dibandingkan dengan penat pahlawan2 yang pergi berperang dalam keadaan berpuasa?

so sekarang aku nak berpesan kepada semua yang membaca entry ni,

JANGAN TINGGAL PUASA TANPA UZUR YANG DIIZINKAN ALLAH.,

aku taknak orang lain menyesal macam aku,




new past